Skip to main content




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

Terima kasih pada anda kerana sudi mengunjungi blog saya. Sebelum itu izinkan saya untuk mengenalkan diri saya, nama diberi Aisyah Saidi, saya merupakan pelajar Bimbingan dan Kaunseling, UPSI.

Di dalam blog ini, untuk pengetahuan anda semua, saya telah menghimpunkan kesemua Teori Personaliti dalam pelbagai bentuk seperti slide, video dan artikel dimana teori-teori ini digunapakai dalam subjek Perkembangan Personaliti (KKT3053).

Saya harap apa yang ada dalam blog saya ini serba sedikit dapat membantu dan memudahkan proses pembelajaran anda. 

Terima kasih.





Comments

Popular posts from this blog

TEORI PEMILIHAN KERJAYA HOLLAND

Teori Pemilihan Kerjaya Holland memberi fokus kepada trait personaliti dan banyak dipengaruhi oleh Teori Trait dan Faktor sebelum ini.  Teori ini juga pada dasarnya merupakan teori pendekatan struktur yang lebih menekankan aspek keselarasan antara personaliti dengan persekitaran, namun teori ini juga telah diperkembangan dalam aspek bagaimana personaliti terbentuk dan berkembang. Menurut Holland (1985), teori ini dibentuk berasaskan kepada andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian diskripsi mengenai minat individu juga menggambarkan minat seseorang. Trait-trait personaliti ini biasanya dikenalpasti melalui kecenderungan terhadap mata pelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja. Sementara itu minat vokasional pula boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti. Holland (1985) juga menyatakan bahawa Teori Pemilihan Kerjaya Holland boleh digunakan untuk memberikan penjelasan kepada tiga persoalan asas ...

TEORI KERJAYA GINZBERG

P ada tahun 1951, muncul sebuah teori perkembangan kerjaya  (development career choice theory)  iaitu teori Ginzberg. Teori ini memberi fokus kepada proses pemilihan kerjaya berdasarkan tahap perkembangan individu. Teori ginzberg merupakan hasil daripada kerja sama antara Ginzberg yang seorang ahli ekonomi, S. Ginzburg yang seorang psikiatris, S. Axelrad yang seorang ahli sosiologi dan J. Herma yang merupakan seorang ahli psikologi. Idea asas teori ini muncul dengan andaian bahawa, proses pemilihan kerjaya merupakan sebahagian daripada proses perkembangan individu itu sendiri. Perkembangan kerjaya sudah dimulai sejak kanak-kanak sehingga pemilihan kerjaya di masa dewasa. Teori Ginzberg mempunyai tiga peringkat penting dalam proses pemilihan kerjaya, iaitu: 1)       Peringkat fantasi (6-11 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak belum lagi memiliki sembarang keputusan tentang pekerjaan. Hal ini kerana mereka masih mencapai kematangan dalam perkemb...

TEORI SUPER

A.       TEORI PERKEMBANGAN KARIER DONALD E. SUPER Petunjuk dasar teori ini adalah penelitian Super di bidang pengembangan karier beberapa tahun setelah diluncurkannya buku pernyataan pertama teoretisnya. Super terdorong ke dalam pernyataan pertama teoretisnya oleh upaya berteori dari Ginzberg dan rekan-rekannya. Menurut Super teori Ginzberg memiliki kelemahan serius, salah satunya adalah kegagalan untuk memperhitungkan manusia sangat signifikan terhadap informasi tentang perkembangan pendidikan dan vokasional. Donald E. Super mencanangkan suatu pandangan tentang perkembangan karier yang lingkupnya sangat luas, karena perkembangan jabatan itu dipandang sebagai suatu proses yang mencakup banyak faktor. Faktor tersebut sebagian terdapat pada individu sendiri dan untuk sebagian terdapat dalam lingkungan hidupnya yang semuanya berinteraksi satu sama lain dan bersama-sama membentuk proses perkembangan karier seseorang. Pilihan jabatan merupakan suatu perpa...