Skip to main content

TEORI KERJAYA GINZBERG

P
ada tahun 1951, muncul sebuah teori perkembangan kerjaya (development career choice theory) iaitu teori Ginzberg. Teori ini memberi fokus kepada proses pemilihan kerjaya berdasarkan tahap perkembangan individu. Teori ginzberg merupakan hasil daripada kerja sama antara Ginzberg yang seorang ahli ekonomi, S. Ginzburg yang seorang psikiatris, S. Axelrad yang seorang ahli sosiologi dan J. Herma yang merupakan seorang ahli psikologi.
Idea asas teori ini muncul dengan andaian bahawa, proses pemilihan kerjaya merupakan sebahagian daripada proses perkembangan individu itu sendiri. Perkembangan kerjaya sudah dimulai sejak kanak-kanak sehingga pemilihan kerjaya di masa dewasa.
Teori Ginzberg mempunyai tiga peringkat penting dalam proses pemilihan kerjaya, iaitu:
1)     Peringkat fantasi (6-11 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak belum lagi memiliki sembarang keputusan tentang pekerjaan. Hal ini kerana mereka masih mencapai kematangan dalam perkembangan vokasional. Pilhan mereka senantiasa berubah-ubah. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mengaplikasikan persekitara dengan orientasi permainan semata-mata dan dipengaruhi oleh orang dewasa sehingga mereka terpengaruh untuk melakonkan semasa bermain, misalnya main cikgu-cikgu, masak-masak, polis-polis dan sebagainya. Pada peringkat ini juga boleh dikatakan bahawa kanak-kanak melihat suatu kerjaya bukan berdasarkan minat tetapi lebih kepada meniru apa yang dilihat di persekitaran.
2)     Peringkat tentatif/ percubaan (11-17 tahun)
Peringkat ini wujud apabila kanak-kanak mula menyedari tentang minatnya, keupayaannya dan nilai peribadi serta nilai masyarakat terhadap sesuatu pekerjaan. Kemudian dia akan menggabungkan kesemua kriteria ini semasa membuat pemilihan kerjaya. Kanak-kanak pada peringkat ini akan memilih pekerjaan yang diminatinya sesuai dengan kebolehannya dan bersesuaian dengan nilai diri sendiri dan nilai masyarakat.
3)     Peringkat realistik (17-20 tahun)
Peringkat ini individu akan mengetahui tentang maklumat, pengalaman dan dapat membezakan keperluan kerja dengan factor-faktor peribadi, ianya terbahagi kepada tiga iaitu; pertama penjelajahan , individu sudah meneliti setiap kerjaya yang dipilih. Kedua pembentukan, individu sudah tahu akan kebolehan untuk memilih kerjaya. Dan ketiga penentuan, sudah ada kerjaya yang dipilih  dan mengambil langkah untuk melaksanakannya.
Ginzberg merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang iaitu:
·         Faktor realiti iaitu pemilihan pekerjaan adalah akibat daripada tekanan persekitaran.
·         Faktor proses pendidikan iaitu bidang kerjaya ditentukan oleh kualiti dan kuantiti pendidikan.
·         Faktor emosi iaitu pemilihan kerjaya bergantung pada aspek personality seseorang.
·         Faktor nilai peribadi iaitu faktor yang menentukan jenis pekerjaan yang akan dipilih oleh seseorang.
Teori Ginzberg merupakan suatu proses perkembangan yang mengambil masa yang lama untuk merealisasikan pemilihan kerjaya dan ini adalah proses yang berterusan (tidak boleh berpatah balik dan terus kehadapan) dan proses tersebut akan berakhir apabila wujud keserasian minat, kebolehan, nilai dan peluang yang ada.

Comments

Popular posts from this blog

TEORI PEMILIHAN KERJAYA HOLLAND

Teori Pemilihan Kerjaya Holland memberi fokus kepada trait personaliti dan banyak dipengaruhi oleh Teori Trait dan Faktor sebelum ini.  Teori ini juga pada dasarnya merupakan teori pendekatan struktur yang lebih menekankan aspek keselarasan antara personaliti dengan persekitaran, namun teori ini juga telah diperkembangan dalam aspek bagaimana personaliti terbentuk dan berkembang. Menurut Holland (1985), teori ini dibentuk berasaskan kepada andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian diskripsi mengenai minat individu juga menggambarkan minat seseorang. Trait-trait personaliti ini biasanya dikenalpasti melalui kecenderungan terhadap mata pelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja. Sementara itu minat vokasional pula boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti. Holland (1985) juga menyatakan bahawa Teori Pemilihan Kerjaya Holland boleh digunakan untuk memberikan penjelasan kepada tiga persoalan asas ...

TEORI PEMILIHAN ANNE ROE

BAB I PENDAHULUAN  A. Latar Belakang Masalah Salah satu prinsip dalam bimbingan dan konseling adalah bahwa setiap individu itu unik. Keunikan-keunikan tersebut dapat dilihat dalam berbagai hal. Misal saja karakter masing-masing individu, potensi dalam diri, cara berpikir (m indset ), serta pemilihan karir setiap individu. Dalam bimbingan konseling, salah satu bidang layanannya adalah bimbingan konseling karir. Bimbingan konseling karir adalah proses pemberian bantuan kepada individu agar individu tersebut dapat memhami diri dan lingkungannya, sehingga mampu merencanakan karirnya di masa yang akan datang. Dalam pelaksanaan bimbingan karir terdapat beberapa teori yang mendukung, salah satunya adalah teori pilihan karir Roe. Teori Roe menekankan dampak dari keseluruhan pengalaman anak kecil dalam lingkungan keluarga inti terhadap perkembangan jabatan. Dia meneliti pengaruh dari gaya interaksi antara orang tua dan anak, serta pengaruh pola asuh orang tua ( parental styles )...