Teori Pemilihan Kerjaya Holland memberi fokus kepada trait personaliti dan banyak dipengaruhi oleh Teori Trait dan Faktor sebelum ini. Teori ini juga pada dasarnya merupakan teori pendekatan struktur yang lebih menekankan aspek keselarasan antara personaliti dengan persekitaran, namun teori ini juga telah diperkembangan dalam aspek bagaimana personaliti terbentuk dan berkembang. Menurut Holland (1985), teori ini dibentuk berasaskan kepada andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian diskripsi mengenai minat individu juga menggambarkan minat seseorang. Trait-trait personaliti ini biasanya dikenalpasti melalui kecenderungan terhadap mata pelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja. Sementara itu minat vokasional pula boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti. Holland (1985) juga menyatakan bahawa Teori Pemilihan Kerjaya Holland boleh digunakan untuk memberikan penjelasan kepada tiga persoalan asas ...
Counselor To Be Upsian
Comments
Post a Comment